COVID-19: Didakwa Hampir Putus Asa, Frontliners Malaysia Tampil Beri Semangat Kepada Indonesia! Ramai Tersentuh!

Hanafis Haris
Mei 29, 2020 11:24 MYT
Petugas hadapan Malaysia tampil memberi kata-kata semangat kepada rakan 'frontliner'di Indonesia selepas ada dakwaan mengatakan mereka hampir berputus asa.

Gambar frontliner yang menulis kata-kata semangat di baju dan sarung tangan itu viral sejak semalam.

Perkara itu sekali gus membuatkan orang ramai khususnya penduduk di Indonesia tersentuh.

Malah, ia juga telah menarik perhatian ramai warga Malaysia untuk sama-sama memberikan ucapan 'jangan putus asa' serta tanda pagar #IndonesiaBisa.

Anda boleh lihat antara kata-kata semangat penduduk Malaysia kepada Indonesia di bawah.

Kata kata semangat daripada frontliners Malaysia kepada frontliners Indonesia pic.twitter.com/hwYZcTDixo

— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) May 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aku rasa kesian gila dengan frontliner indonesia. Apa yang mereka mampu buat hanya tawakal. Semoga kita semua menang melawan #COVIDー19 aminnn

— covEID-20 (@rdnaiman) May 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk makluman, isu putus asa oleh frontliner Indonesia ini berlaku selepas terwujudnya tanda pagar #IndonesiaTerserah.

Sentimen itu dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei lalu bagi meluahkan kekecewaan terhadap masyarakatnya yang gagal mematuhi penjarakan sosial dan membuat protes kepada polis, melarang mereka pulang ke kampung semasa perayaan Aidilfitri.

Sumber: Twitter, Sinar Harian

#Viral #Indonesia #Viral #COVID-19