Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

COVID 19: Doktor Beri Khabar Oksigen Sarah Di Paras 40 Peratus, Shuib: "Saya, Anak Anak Yakin Sarah Akan Balik"

Maliah Surip 08/08/2021 | 14:16 MYT
Suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin, Shuib menyampaikan perkembangan terkini isterinya selepas ditidurkan lebih 42 jam dan selamat melahirkan anak keempat mereka, Ayash Affan yang kini dalam keadaan sihat.
Menurut Shuib dalam nada sebak, keadaan Sarah saat ini kritikal dengan hanya tinggal 40 peratus oksigen.
"Sebelum masuk sesi zoom ini tadi doktor telefon. Keadaan Sarah sangat sangat tidak baik. Kata dokter oksigen hanya 40 dan doktor akan tiarapkan dia," ujar Shuib sebelum sesi bacaan Yassin buat Sarah berlangsung menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi.
Pelawak itu malah tidak dapat berbicara banyak dan meminta Ustaz Tarmizi Abdul Rahman yang juga memimpin bacaan Yassin bersama lebih 1,000 peserta termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
Turut serta adalah ramai rakan artis termasuk Anuar Zain, Jep Sepahtu, Dafi, Misha Omar, Sherry Alhadad, Liza Hanim dan Bob Yusof.
Usai bacaan Yassin dan sedikit tazkirah disampaikan, Shuib yang telah mampu mengawal emosinya menyatakan rasa keyakinan bahawa isterinya itu akan kembali pulih.
"Saya minta maaf kerana hilang ayat tadi. Saya tak tahu nak cakap apa.
"Tapi saya yakin dah pasti, selagi belum masa, belum masanya Insha Allah. Saya yakin dia akan balik.
"Tak kisah doktor cakap 30 ke 40 peratus, saya dan anak anak yakin ibu akan balik," katanya penuh harapan.
Terdahulu, Sarah dimasukkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) pada Rabu lalu dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) selepas dijangkiti COVID 19.
Selain penyanyi itu, Shuib bersama tiga anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, juga disahkan positif COVID 19 dan menjalani kuarantin di rumah.
Siang tadi Shuib sempat menafikan penyanyi lagu Kesetiaan itu sedang kritikal seperti audio yang tular dalam WhatsApp.
#Siti Sarah #Shuib #Kritikal #Tidur #Positif #COVID 19
;