Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 4,519 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.

Daripada angka tersebut sebanyak 4,514 merupakan kes tempatan, manakala 5 pesakit lagi merupakan kes import.

Bagaimanapun, sebanyak 25 kematian direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,657 kes kematian.

Sementara itu, sebanyak 2,719 pesakit yang berjaya sembuh dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini sebanyak 398,723 kes.

Begitupun, sebanyak 36,564 kes lagi yang masih aktif dengan 393 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 210 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kini, negara sudah mencatatkan sebanyak 436,944 kes setakat 8 Mei 2021.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!