Berita

Covid 19: Dr Noor Hisham Mengaku Dirinya, Petugas KKM Alami Kelesuan Mental

Maliah Surip
28/10/2020
23:35 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengaku penularan COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga turut memberi kesan kepadanya dan seluruh pasukannya yang berada di lapangan.
Seperti dilaporkan Awani, Dr Noor Hisham berkata, seperti pasukannya, beliau juga mengalami kelesuan mental dan fizikal berikutan tekanan tugas dalam mencari jalan membendung penularan COVID-19.
Katanya, kelesuan yang dialami oleh petugas di lapangan, turut dirasai kakitangan yang berada di kementerian.
"Memang (mengalami kelesuan). KP Kesihatan juga terkesan... Malam pun tidak boleh tidur kerana mencari jalan penyelesaian terhadap masalah.
"Kadang-kadang bangun jam 3 atau 4 pagi untuk fikirkan masalah," katanya pada sidang media harian COVID-19, semalam.
Justeru, beliau berkata, apa yang sedang dilalui ketika ini adalah cabaran kepada semua barisan petugas hadapan.
Katanya, mereka perlu bijak mengatur penggiliran kerja dan memberi masa kepada semua petugas hadapan untuk berehat.
Dr Noor Hisham ditanya jika beliau menyedari mengenai senario ada doktor perubatan di Sabah yang terpaksa mengambil pil tidur kerana mengalami tekanan mental susulan bebanan kerja berlebihan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini, sehingga semalam, seramai 1,045 kakitangan dimobilisasikan di Sabah dalam peperangan menentang penularan jangkitan iaitu 667 kakitangan sedia ada di Sabah dan 378 dari Semenanjung.
Beliau berkata, mereka terdiri daripada 150 adalah kakitangan Kesihatan Awam dan 895 adalah kakitangan perubatan.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah memberi kelulusan pelantikan sejumlah 1,223 calon baharu iaitu seramai 624 Jururawat Gred U29; 336 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29; 213 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan 50 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.
"Seramai 317 Jururawat Gred U29 ditempatkan di Sabah, manakala 18 lagi akan ditempatkan di Wilayah Persekutuan Labuan.
"Sehingga petang tadi, seramai 165 Jururawat Terlatih, 18 Juruteknologi Makmal Perubatan dan 21 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sudah melaporkan diri dan ditempatkan ke fasiliti di Sabah.
"Baki seramai 152 akan lapor diri pada Jumaat. Lebih ramai akan melapor diri selepas keputusan ujian RT-PCR dan pemeriksaan kesihatan mereka selesai," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, sejak penularan pertama COVID-19 sehingga kini seramai 949 kakitangan kesihatan dijangkiti wabak berkenaan dengan kebanyakan mereka mendapat jangkitan dalam komuniti.
Sumber: Awani Kredit Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.
Laman Utama

Simon Cowell Pun Beri Golden Buzzer! Penyanyi Cacat Penglihatan, Putri Ariani Tarik Perhatian Heidi Klum & Dr Noor Hisham

gempak
08/06/2023
15:45 MYT
Power betul suara Putri ni.
Laman Utama

“Semoga Anwar Ibrahim Pandang Kesengsaraan Rakyat Yang Menjadi Mangsa Ujikaji Vaksin” - Rita Rudaini

gempak
05/01/2023
06:00 MYT
Semoga yang terbaik untuk Malaysia