Akademi Filem Antarabangsa India (IIFA) menangguhkan edisi ke-21 acara tersebut yang sepatutnya berlangsung 27 Mac ini di Indore, Madhya Pradesh.

Pengumuman tersebut menyebabkan ramai peminat kempunan untuk melihat Salman Khan mengacarakan ‘Oscar Bollywood’ itu di kampung halaman sendiri.

Sementara itu, Salman menerusi kemas kini terbarunya di Instagram (IG) menerima keputusan penganjur dengan hati terbuka.

Kata Salman, langkah tersebut diambil kerana IIFA membabitkan banyak interaksi yang boleh membahayakan kesihatan ramai.

“Selepas penularan COVID-19 marilah kita semua bersalaman dan berpelukan,” katanya.

Namashkaar ... hamari sabhyata mein namaste aur salaam hai! Jab #coronavirus Khatam ho jaye tab Haath milao aur gale lago.... @beingstrongindia

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan) on

Bagaimanapun, tarikh baru untuk acara gilang-gemilang dan glamor itu masih belum ditetapkan IIFA.

Penangguhan IIFA 2020 diumumkan pengurusan tertinggi akademi itu, yang menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan orag ramai sebagai alasan penundaan.

“Kami bimbang melihat penularan virus COVID-19 yang meningkat. Demi kesihatan dan keselamatan peminat, apatah lagi selepas berunding dengan kerajaan Madhya Pradesh, kami memutuskan untuk menangguhkan IIFA ke-21.

“IIFA sangat komited dalam menjaga keselamatan orang ramai dan peminat IIFA yang mengembara jauh dari seluruh dunia untuk menikmati pengalaman dan magis IIFA.

“Kami sangat kesal atas kesulitan ini dan berharap orang ramai faham situasi yang berlaku sekarang,” kata jurucakap IIFA.
Sumber: India Today