Kes baru COVID-19 mencatatkan sedikit peningkatan hari ini berbanding semalam iaitu sebanyak 4,543 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan di Malaysia mencecah 2,510,852 kes setakat ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kadar kematian adalah sebanyak 35 kes seperti yang direkodkan dalam data COVIDNOW setakat semalam.

Orang ramai boleh mendapatkan makulmat lanjut mengenai perkembangan kes COVID-19, vaksinasi dan pelbagai info berguna di covidnow.moh.gov.my.

Apapun, patuhi prosedur operasi standard dan amalkan pelbagai langkah yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya ini.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.