COVID-19: Jangkitan Baharu Cecah 5,400

Azwa Rahman
Disember 9, 2021 08:19 MYT
Sebanyak 5,446 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,678,465 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter hari ini.

Pada 9 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,446 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,678,465 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/2khzkW2EDs

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kredit foto: Harian Metro
#Malaysia #COVID-19 #Angka harian COVID-19