Sarawak, Selangor dan Johor masih lagi merekodkan kes jangkitan COVID-19 lebih daripada 1,000.

Bagaimanapun, kes jangkitan baharu yang dilaporkan hari ini mengalami penurunan kepada 11,889 kes berbanding Khamis yang mencatatkan sebanyak 12,735 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Twitter rasminya.

Menurut Dr Noor Hisham, perkembangan itu menjadikan kumulatif kes adalah pada 2,257,584.

Berikut merupakan senarai penuh pecahan jangkitan baharu kes COVID-19 hari ini:

Sarawak - 2,413
Selangor - 1,568
Johor - 1,217
Perak - 959
Sabah - 872
Kelantan - 858
Pahang - 831
Pulau Pinang - 779
Kedah - 710
Terengganu - 699
Melaka - 378
Kuala Lumpur - 289
Negeri Sembilan - 197
Perlis - 81
Putrajaya - 36
Labuan - 2
Pada Isnin, netizen meluahkan rasa bersyukur melihat angka jangkitan baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan kes.

Sebanyak 10,959 kes dicatatkan menjadikan jumlah itu adalah yang terendah sejak Julai lalu.

Kredit foto: Azrul Rafie