11 kematian dilaporkan hari ini dan hampir kesemuanya melibatkan warga emas yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Ini merupakan jumlah kematian tertinggi dicatatkan di Malaysia sejak bermulanya wabak Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Sri Noor Hisham Abdullah, kes positif baharu hari ini memcatatkan sebanyak 1,075 kes.

Selangor masih lagi menjadi negeri tertinggi dengan catatan kes baharu sebanyak 459 kes, diikuti Sabah dengan 310 kes dan Johor 78 kes.

Kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa warga emas, lindungi golongan berisiko tinggi ini.

Elakkan mereka ke tempat sesak dan sempit.