Jangkitan COVID-19 terus menunjukkan trend membimbangkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan angka tertinggi baharu iaitu 6,806 kes positif, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal menyumbang angka tertinggi dengan 2,277 kes.

"Ia diikuti Kuala Lumpur (655), Johor (615), Sarawak (608), Kelantan (426), Kedah (417) dan Pulai Pinang (362)," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Menurutnya, Negeri Sembilan melaporkan 291 kes, Perak (248), Sabah (245), Terengganu (233) dan Pahang (157).

"Putrajaya (35), Labuan (17) dan Perlis (lapan)," jelasnya lagi.

Sementara itu, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 yang akan berlangsung petang esok dijangka membincangkan keputusan sama ada mahu melaksanakan 'total lockdown' dalam usaha memutuskan rantaian wabak berkenaan.


Sumber: Sinar Harian
Kredit foto: Malay Mail