Sedih dan kesal, itu perasaan seorang petugas hospital apabila masih ada segelintir orang awam yang masih degil duduk di dalam rumah biarpun negara kini sedang dilanda krisis COVID-19.

Luahan itu dibuat menerusi satu siaran langsung yang dilakukan bersama pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi, malam tadi.

Menurut individu tersebut, perasaan untuk balik dan duduk di rumah ketika ini sebenarnya sangat membuat-buak, namun apabila memikirkan soal tanggungjawabnya di hospital dia terpaksa akur.

"Jadi bagi masyarkat di luar sana tolonglah sedar. Anda diberi peluang untuk duduk di rumah, kami pun ada keluarga tapi kami kena kerja.

"Kami semua tengok anda gembira," katanya.

Ditanya pada perasaan apabila melihat tindakan pihak yang masih berlegar di luar rumah, individu tersebut kesal.

"Terus terang saya sangat sedih, mereka tak nampak yang berlaku di hospital. Mesti mereka ingat tak serius.

"Malah sejujurnya hari ini saya rasa down, rasa shaking kenapa aku kat sini, why. Tapi itu tanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Aznil atau mesra dipanggil Pak Nil menganggap individu yang sedang bertugas di hospital adalah hero yang sebenar.

"Kasihanilah Wira yang menggadai nyawa untuk menyelesaikan masalah Covid 19 ini. Tolonglah faham dan ikut arahan pemerintah," katanya.

Anda boleh lihat perbualan penuh Pak Nil dan petugas hospital di bawah.

Kasihani lah jugak Wira2 yg menggadai nyawa untuk menyelesaikan masalah Covid 19 ini. Tolonglah faham dan ikut arahan pemerintah!

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on


Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!