Kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal pada paras 20,000 kes dengan 20,889 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes baharu ini merupakan angka tertinggi sejak pandemik itu bermula lebih setahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi di laman Twitternya, dengan kes baharu ini ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,224,595.

Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 8,792.

Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,483, Kedah 1,371, Johor; 1,275 kes, Sabah; 1,291 kes, Negeri Sembilan; 986 kes dan Kelantan; 938 kes.

Berikut merupakan senarai penuh pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 8,792 (451,366)
WPKL - 2,483 (136,071)
Johor - 1,275 (97,962)
Sabah - 1,291 (91,201)
Sarawak - 652 (80,174)
Negeri Sembilan - 986 (76,753)
Kedah - 1,371 (53,474)
Pulau Pinang - 776 (50,715)
Kelantan - 938 (47,633)
Perak - 624 (42,289)
Melaka - 491 (34,644)
Pahang - 610 (27,809)
Terengganu - 460 (19,673)
WP Labuan - 9 (9,707)
WP Putrajaya - 122 (4,359)
Perlis - 9 (765)