COVID-19 : Kekal Tiga Angka! Sebanyak 869 Kes Baru Dengan Jumlah Pesakit Sembuh Sebanyak...

Hanafis Haris
November 10, 2020 10:20 MYT
Malaysia hari ini masih mengekalkan jumlah kes baru di tahap tiga angka iaitu sebanyak 869 termasuk satu kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan bahawa jumlah kes tersebut merangkumi Sabah (397), Selangor (236), N. Sembilan (141).

“Jumlah pesakit sembuh pula sebanyak 725 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30,304,” katanya.

Tambahnya, pada sama Malaysia hari ini juga mencatatkan enam kematian.

“Dengan duka citanya hari ini terdapat enam kematian. Selain itu terdapat 4 kluster baharu dan 4 kluster tamat,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Anda boleh lihat pecahan kes secara terperinci di bawah:

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 10 Nov 2020 Kes sembuh=725 Jumlah kes sembuh=30,304 kes Kes baharu positif=869 (kes import=1, kes tempatan=868) Jumlah positif=42,050 kes Kes kematian=6 Jumlah kes kematian=300 kes Kes dirawat di ICU=82 kes Bantuan Alat Pernafasan=27 kes pic.twitter.com/NKVxUKtPOw

— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #COVID-19