COVID-19 : Kembali 4 Angka! Lembah Klang Catat Kes Tertinggi, Malaysia Rekodkan 1304 Kes

Hanafis Haris
November 13, 2020 10:40 MYT

Kes COVID-19 di Malaysia hari ini kembali mencatatkan jumlah empat angka iaitu sebanyak 1304 kes.

Jumlah berkenaan bertambah agak banyak jika dibandingkan jumlah dicatatkan semalam iaitu sekitar 919 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes tertinggi dicatatkan adalah di Lembah Klang (567), Sabah (556), Negeri Sembilan (83) dan Pulau Pinang (42).

“Pesakit sembuh pula sebanyak 900 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,969,” katanya.

Menurut Noor Hisham lagi, pada sama Malaysia hari ini juga mencatatkan satu kematian kes COVID-19.

“Dengan duka citanya hari ini terdapat pertambahan satu kematian.

“Justeru jumlah kes kematian hingga kini adalah 304. Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Selain itu terdapat empat kluster baharu (Sabah) manakala tiga kuster tamat,” katanya pada sidang media harian sebentar tadi.

PECAHAN KES BAHARU (1,304) Sabah-556 137 kluster sedia ada, 51 kluster baharu (Bonggaya dan Jambatan B) 233 saringan kontak rapat 135 lain-lain saringan Selangor-364 292 kluster sedia ada 28 saringan kontak rapat 41 lain-lain saringan 3 import pic.twitter.com/nfAzWqw85L

— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #KKM #Covid19