Sejumlah 3,339 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan catatan kes pecah rekod sebanyak 4, 029.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, 3,324 kes merupakan penularan tempatan manakala kes import pula sebanyak 15.

Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan sejumlah 37,782 kes aktif kini sedang mendapatkan rawatan.

Selangor masih merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 1,314 kes, diikuti Sabah (393 kes) dan Johor (362 kes).

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan sejumlah tujuh kematian direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kematian kini adalah 601 kes.

Sementara itu, kes pulih dalam tempoh 24 jam yang lalu adalah 2,676 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh ada 120,051 kes.



Sumber: Awani
Kredit foto: Fazry Ismail/EPAEFE/Shutterstock
Instagram: @kementeriankesihatanmalaysia