Laman Utama

COVID 19: Kembali ke Angka Kes Positif 3 Ribu, Selangor Catat 1,314 Kes

gempak
Azwa Rahman
17/01/2021
11:02 MYT
Sponsor Banner
COVID 19: Kembali ke Angka Kes Positif 3 Ribu,  Selangor Catat 1,314 Kes
Sejumlah 3,339 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan catatan kes pecah rekod sebanyak 4, 029.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, 3,324 kes merupakan penularan tempatan manakala kes import pula sebanyak 15.
Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan sejumlah 37,782 kes aktif kini sedang mendapatkan rawatan.
Selangor masih merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 1,314 kes, diikuti Sabah (393 kes) dan Johor (362 kes).
Kementerian Kesihatan turut memaklumkan sejumlah tujuh kematian direkodkan sekali gus menjadikan jumlah kematian kini adalah 601 kes.
Sementara itu, kes pulih dalam tempoh 24 jam yang lalu adalah 2,676 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh ada 120,051 kes.
Sumber: Awani Kredit foto: Fazry Ismail/EPAEFE/Shutterstock Instagram: @kementeriankesihatanmalaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live