COVID-19: Kes Baharu 4,885, KJ Warning Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat

Amri Hassan
November 22, 2021 06:38 MYT
Negara mencatat 4,885 jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,591,486.
Jumlah kes mengikut negeri akan dikongsi di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) COVIDNOW.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.
Khairy berkata, kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.
"Pakai pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak. Dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Kadar kemasukkan hospital sudah meningkat. Kebanyakan kes adalah warga emas/golongan komorbid yang dijangkiti kontak rapat (ahli keluarga) yang membawa balik virus SARS-CoV2 ke rumah. Pakai pelitup muka & elak tempat yang sesak. Dapatkan booster bila diberi temujanji.

— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) November 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hospital #Khairy Jamaluddin #KJ #Jangkitan #COVID-19 #Kes #COVIDNow