COVID-19: Kes Baharu Kembali Melebihi 20,000!

Azwa Rahman
Ogos 31, 2021 08:36 MYT
Kes baharu COVID-19 di Malaysia kembali meningkat melebihi 20,000 apabila merekodkan sebanyak 20,897 kes pada Selasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter beliau berkata, jumlah yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini mencecah 1.75 juta.
Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,371 kes, diikuti Sabah (2,594 kes), Sarawak (2,285 kes), Johor (2,159 kes), Kedah (1,942 kes), Pulau Pinang (1,732 kes), Kelantan (1,479 kes), Perak (1,204 kes) dan WPKL (1,003 kes).

Sehingga 31 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,897 kes (1,746,254 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 4,371 (603,995) WPKL - 1,003 (173,239) Sabah - 2,594 (147,843) Johor - 2,159 (138,647) Sarawak - 2,285 (116,558) Kedah - 1,942 (99,042)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Pahang mencatatkan 798 kes, Terengganu (608 kes), Melaka (417 kes), Perlis (64 kes), WP Putrajaya (25 kes) dan WP Labuan (1 kes).
#Malaysia #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah