COVID-19: Kes Baharu Menurun Kepada 3,490, 31 Lagi Kematian

Azwa Rahman
Disember 12, 2021 10:33 MYT
Malaysia mencatatkan 3,490 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam (Sabtu) yang melaporkan sebanyak 4,624 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,691,639.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 31 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 30,862 individu.
Jumlah itu juga termasuk tujuh kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Pada 12 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,490 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,691,639 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kredit foto: REUTERS/Lim Huey Teng
#Malaysia #COVID-19 #Angka kes harian