Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 1,032 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara ini pada hari ini.

Daripada angka tersebut, 1,029 merupakan kes tempatan manakala tiga kes import.

Pada hari ini juga, sebanyak lapan kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 271 kes kematian direkodkan.

Bagaimanapun, sebanyak 820 orang pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan pulang.

Begitupun, sebanyak 10,339 kes lagi yang masih aktif dengan 82 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 27 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sehingga kini, negara sudah mencatatkan sebanyak 35,425 kes setakat 4 November 2020.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!