Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu mengesahkan kes harian dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 15,902, peningkatan berbanding 15,573 kes semalam, menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 996,393 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 7,351 kes bersamaan 358,969 kes kumulatif.

Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,406 kes, diikuti Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631) dan Negeri Sembilan (625).

Ia diikuti Pulau Pinang (530), Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406) dan Sarawak (261).

Orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19.