Malaysia mencatatkan lapan lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara sebanyak 983 kes.

Memetik laporan AWANI, sebanyak 2,720 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus itu di negara ini sebanyak 269,165 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu adalah melibatkan kes tempatan dan dan tiada kes import direkodkan.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 44,129 kes dan kes sembuh terbaharu adalah 5,718.

"Selangor mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi dengan 1,300 kes, diikuti Johor (451), dan Kuala Lumpur (318).

"Setakat ini, seramai 253 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 orang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan 19 kluster baharu yang dikenal pasti.

Sumber : Astro AWANI
Kredit Foto : The Star