Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat mengesahkan kes harian dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 15,573 kes, menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 980,491 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 7,672 kes bersamaan 351,618 kes kumulatif.

Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,063 kes, diikuti Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530).

Ia diikuti Negeri Sabah 516 kes, Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415) dan Kelantan (372).

Sementara negeri yang mencatatkan dibawah 300 kes adalah Terengganu 229 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (41), Wilayah Persekutuan Labuan (21) dan Perlis tiga kes.