COVID-19: Kes Baru Menurun Berbanding Semalam, Sarawak Masih Tertinggi

Asraf Aided
September 25, 2021 09:40 MYT
Kes baru COVID-19 mencatatkan penurunan berbanding semalam dengan jumlah 13,899 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah itu menjadikan kes kumulatif di Malaysia mencecah 2,185,131 kes setakat ini.
Seperti semalam, Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi dengan 2,712 diikuti Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170) dan Perak (1,128).
Berikut adalah perincian kes setiap negeri seperti yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi akaun Twitter beliau.

Sehingga 25 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,899 kes (2,185,131 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,341 (670,592) Sarawak - 2,712 (196,146) Sabah - 962 (193,186) Johor - 1,377 (189,315) WPKL - 310 (184,832) Kedah - 708 (130,950)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulau Pinang - 1,060 (125,940) Kelantan - 1,170 (109,674) Perak - 1,128 (97,960) Negeri Sembilan - 194 (96,579) Pahang - 779 (61,337) Melaka - 339 (56,765) Terengganu - 760 (52,302) WP Labuan - 5 (9,950) WP Putrajaya - 37 (6,037) Perlis - 17 (3,566)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard dan mengamalkan semua langkah yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya ini.
Foto: BERNAMA
#Sarawak #COVID-19 #Kes Baru #Kes Harian