Kes baharu positif COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu turun sedikit kepada 9,751 kes berbanding 9,890 pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,323,478 kes.

Lima negeri catat kes tertinggi didahului Selangor iaitu 1,796 kes diikuti Sarawak (1,339), Kelantan (1,052), Johor (864) dan Sabah (705).

Sementara itu, meninjau reaksi netizen di Twitter, kebimbangan disuarakan ekoran kelonggaran rentas negeri mungkin akan diberikan tidak lama lagi.

"Uik, nak rentas negeri Selangor naik," ciap @ahoreyy.

"Selangor juara semula," tulis Khadeeja Mohd di Facebook.

"Lecehlah Selangor ni, turun sekejap naiknya selalu," kata Awang Bin Selatan.

"Aku hairan betullah Kelantan ni, duk maintain seribu lebih tu dah berbulan bulan, ishhhhhhhh awat jadi lagu tu, kompius betullah," tambah Shukran Seman.

"Negeri Sembilan naik balik dah, rasa ramai je yang lolos ke sana," tulis Capital EF.

"Kelantan, Kedah & Terengganu kes naik sebab ramai antivaksin kat sana," kata Nick Abu Bakar.

Sehingga kini sebanyak 89.1% populasi dewasa di Malaysia telah memperoleh vaksinasi lengkap setakat tengah malam tadi.

BACA: KJ Kata Lagi 0.9% Nak Boleh Rentas Negeri! Ramai Countdown Dah Ready Packing Beg Balik Kampung Ker Tu?

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



Foto: The Edge Markets