Kes harian negara merekodkan di bawah angka 6,000 dengan 5,828 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,426,050 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada hantaran di media sosial beliau di sini hari ini.

Kredit foto: Reuters