COVID-19: Kes Harian Kekal Bawah 6,000

Azwa Rahman
Oktober 24, 2021 11:09 MYT
Kes harian negara kekal bawah 6,000 dengan 5,666 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,431,716 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.
“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Sehingga 24 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,666 kes (2,431,716 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Vaksin #COVID-19