Malaysia terus merekodkan penurunan angka jangkitan harian kes COVID-19 dengan 15,669 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara setakat ini sebanyak 2,011,440 kes.

Selangor kembali menjadi penyumbang kes harian COVID-19 tertinggi dengan 2,632 kes, manakala kes jangkitan harian di Sarawak menurun kepada 1,983 kes.

Lima negeri yang mencatatkan lebih 1,000 kes ialah Johor (1,974 kes), Sabah (1,784 kes), Pulau Pinang (1,651 kes), Kelantan (1,406 kes) dan Kedah (1,207 kes).

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 2,632 (646,212)
WPKL - 411 (180,877)
Sabah - 1,784 (177,296)
Johor - 1,974 (168,225)
Sarawak - 1,983 (162,303)
Kedah - 1,207 (120,325)
Pulau Pinang - 1,651 (111,156)
Kelantan - 1,406 (96,210)
Negeri Sembilan - 143 (94,766)
Perak - 856 (84,522)
Melaka - 329 (53,778)
Pahang - 763 (53,268)
Terengganu - 483 (43,988)
WP Labuan - 3 (9,890)
WP Putrajaya - 14 (5,762)
Perlis - 30 (2,862)

Sumber: AWANI