Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan sedikit peningkatan berbanding semalam.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 1,219 kes baru dicatatkan hari ini berbanding 1,063 kes semalam.

Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini adalah 327,523 kes.

Daripada angka tersebut, Selangor masih mencatat jumlah harian tertinggi iaitu 499 kes.

Sarawak pula negeri kedua tertinggi iaitu 225 kes, Johor (169 kes), Pulau Pinang (69 kes) dan Kuala Lumpur (54 kes).

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!