Sejumlah 14,990 kes positif COVID-19 seluruh negara dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kepada 2,142,924 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor menyumbang angka kes positif tertinggi dengan 2,414 kes.

Ia diikuti Johor dengan 1,880 kes, Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

''Beberapa negeri melaporkan kes positif tiga angka termasuk Terengganu dengan 852 kes diikuti Pahang (688), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170).

''Manakala dua negeri melaporkan kes dua angka melibatkan Perlis dengan 97 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 30 kes,'' katanya.

Sementara Wilayah Persekutuan Labuan hanya melaporkan tiga kes positif.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP dan mengamalkan semua langkah yang boleh mencegah penularan COVID-19