Kes Covid-19 hari ini sekali lagi mencatatkan peningkatan.

Menerusi laporan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 7,950 kes dilaporkan hari ini berbanding 7,276 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,361,529 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my.

Sementara itu menerusi ruang komen, ramai netizen berharap kes harian tidak kembali melonjak ke 10,000 kes.

Kebanyakan mereka mahu orang ramai berhati-hati ketika pulang ke kampung.

“Jaga diri jangan leka”.

“Kalau balik kampung tu elakkan bawak ibu bapa ke tempat yang ramai orang”.

“Please bertanggungjawab ya, buat test covid before balik,” tulis beberapa netizen.