COVID-19: Kes Makin Tinggi, 5,439 Kes Dicatatkan Hari Ini!

Hanafis Haris
Disember 1, 2021 10:33 MYT

Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menyaksikan sedikit peningkatan.

Menerusi data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes meningkat kepada 5,439 kes berbanding 4,879 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,638,221 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: covidnow.moh.gov.my.

“Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

“Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan.

#Viral #KKM #Covid19