Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menyaksikan sedikit penurunan.

Menerusi data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia mencatatkan 7,420 kes berbanding 8,084 yang direkodkan semalam.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes mencecah 2,377,033 kes setakat ini.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman https://covidnow.moh.gov.my," katanya dalam Twitter hari ini.

Katanya, data akan dikemas kini setiap hari di laman COVIDNOW selepas tengah malam.

(EMBED)

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen melihat jumlah dicatatkan seminggu dunia ini antara 7,000 hingga 8,000.

Kebanyakan mereka berharap jumlah kes tidak kembali meningkat dalam tempoh terdekat memandangkan ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung.