Kes COVID 19 di Malaysia masih merekodkan angka belasan ribu. Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 19,057 lagi kes jangkitan harian COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,824,439.

Menerusi ciapan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi negeri penyumbang jangkitan baharu tertinggi dengan 3,775 kes.

Ini diikuti Sarawak (2,723 kes), Sabah (2,279 kes), Johor (2,077 kes), Pulau Pinang (1,558 kes), Perak (1,450 kes) Kelantan (1,434 kes) dan Kedah (1,329 kes).



Sementara itu, agensi melaporkan kes jangkitan COVID-19 dan kematian angkara virus itu merekodkan peningkatan dua hari berturut-turut di Asia Tenggara semalam.

Asean mencatatkan 81,459 kes baharu semalam iaitu perangkaan lebih tinggi berbanding 79,055 yang dilaporkan kelmarin, manakala kematian turut melonjak kepada 1,809 kes berbanding 1,731 kes kelmarin.

Kes kumulatif di wilayah berkenaan melepasi 10.3 juta jangkitan dengan kadar kematian setakat ini mencecah 228,885 kes.

Indonesia melaporkan 7,797 kes baharu dan 574 kematian semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 4,116,890 jangkitan serta 134,930 kematian.

Kredit: Awani & Berita Harian
Foto: CNN