Malaysia merekodkan sebanyak 7,703 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan angka keseluruhan sebanyak 587,165 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor kekal dengan negeri tertinggi pertambahan kes harian iaitu sebanyak 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur (701 kes) dan Sarawak (588 kes).

Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:

Selangor - 2,728
Sabah - 254
Kuala Lumpur - 701
Johor - 554
Sarawak -588
Pulau Pinang - 407
Kelantan - 541
Negeri Sembilan - 586
Perak - 224
Kedah - 283
Melaka - 209
Pahang - 237
Terengganu -224
Labuan -159
Putrajaya -1
Perlis - 7

Hari ini merupakan hari kedua ‘total lockdown’ yang dilaksanankan kerajaan sehingga 14 Jun depan.