Kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat dengan jumlah kes baru sebanyak 22,642 dicatatkan.

Jumlah itu menyaksikan kenaikan ketara memandangkan semalam Malaysia hanya sekitar 20,837 .

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes kumulatif pula sebanyak 1,616 244 direkodkan.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,325 diikuti Sabah 3,224 dan Johor 1,832 kes.

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya meluahkan rasa kecewa mereka dengan peningkatan kes tersebut.

Malah, ramai juga hairan mengapa kes negeri seperti Sabah, Johor dan Sarawak kembali meningkat naik.

“Penat ya tengok jumlah kes, rasa burn out”.

“Bila nak habis, salah siapa?”.

“Dah nak hujung tahun weh, kes memang tak turun ke ni,” tulis beberapa netizen