Malaysia mencatatkan 2,842 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,769,886.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 28 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,560 kematian.

Jumlah itu juga termasuk empat kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengamalkan pelbagai langkah pencegahan wabak berbahaya ini.

Sumber: Astro AWANI