Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan 5,793 kes, menurun berbanding pada Jumaat yang mencatatkan 6,849 kes dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 1,582 kes.

Kes kedua tertinggi diikuti Negeri Sembilan (618), Sarawak (569) dan Kuala Lumpur (559).

Sementara itu, Perlis terus kekal mencatatkan kes terendah dengan lima kes.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi segala prosesur operasi standard (SOP) ketika keluar rumah.

Selain itu, amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam dan kawasan sesak.

Kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.