COVID-19: Kes Naik 5,594, 63 Lagi Kematian

Awani
November 23, 2021 06:35 MYT
Negara mencatat 5,594 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham memaklumkan, berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dalam negara kini mencapai 2,597,080.

Pada 23 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,594 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,597,080 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/r9qJWqijfU

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala jumlah keseluruhan kematian disebabkan COVID-19 kini melebihi 30,000 orang daripada lebih 2 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.
Setakat malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
#Viral #Berita #KKM #COVID-19 #Kes #Update #Jangkita