Sebanyak 2,063 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 307,943 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah berkenaan, sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu 630 kes diikuti, Sarawak dengan 361 kes dan Pulau Pinang sebanyak 337 kes.

"Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini sebanyak 23,161 kes.

"Sehingga kini seramai 193 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lima kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 1,153 kes.

Beliau turut memaklumkan terdapat 2,922 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara ini sebanyak 283,629.

Foto: Channel News Asia