Kes baru COVID-19 di Malaysia mencatatkan jumlah sebanyak 5,566 hari ini.

Angka itu dilihat meningkat berbanding kes semalam pada jumlah 5,271.

Berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter rasmi beliau, Selangor masih mencatat jumlah kes tertinggi hari ini sebanyak 1,524.

Negeri kedua tertinggi adalah Sarawak (707) diikuti Negeri Sembilan dengan 505 kes.

Kes keseluruhan COVID-19 di negara kita setakat ini telah mencecah 627,652.

Orang ramai dinasihati untuk terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan mengamalkan langkah penjagaan kebersihan dan keselamatan yang betul bagi mengekang penularan wabak berbahaya ini.

Kredit Foto: AWANI