Sebanyak 2,551 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 370,528 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatat angka tertinggi kes harian dengan 960 kes jangkitan.

Ini diikuti oleh Selangor dengan 590 kes, Kuala Lumpur 245 kes, Kelantan 164 kes, dan Sabah 143 kes.

Ini diikuti oleh Selangor dengan 590 kes, Kuala Lumpur 245 kes, Kelantan 164 kes, dan Sabah 143 kes.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di luar rumah.

Amalkan semua langkah yang boleh mencegah penularan wabak COVID-19 seperti menjaga kebersihan tangan, penjarakan fizikal dan sebagainya.

Kredit Foto: Sinar Harian