Kes Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan kes tertinggi iaitu 24,599 direkodkan.

Jumlah itu menyaksikan kenaikan ketara memandangkan semalam Malaysia hanya sekitar 22,642.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes kumulatif pula sebanyak 1,640,843 direkodkan.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,936 diikuti Sabah 3,487, Johor 2,785 dan Sarawak 2,024 kes.

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 6,936 (579,732)

WPKL - 881 (168,705)

Sabah - 3,487 (134,517)

Johor - 2,785 (128,666)

Sarawak - 2,024 (105,072)

Negeri Sembilan - 526 (89,980)

Kedah - 1,538 (89,027)

Pulau Pinang - 2,078 (77,852)

Kelantan - 1,312 (71,083)

Perak - 1,170 (62,537)

Melaka - 515 (46,252)

Pahang - 690 (40,519)

Terengganu - 567 (30,324)

WP Labuan - 3 (9,791)

WP Putrajaya - 20 (5,197)

Perlis - 67 (1,589)

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya meluahkan rasa kesal mereka dengan peningkatan kes tersebut.

Malah, ramai tidak menyangka Johor, Sarawak dan Sabah telah melonjak melebih 2,000 kes.

“Sabah, Johor & Sarawak tu tingginya, dah lebih 2,000 kes weh”.

“Kena giatkan vaksin negeri lain pula baru ok”.

“Selangor saja 6,000 ya, banyak betul. Janganlah muncul road 30K, enough,” tulis beberapa netizen.