Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menyaksikan sedikit peningkatan.

Menerusi data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes meningkat kepada 4,879 kes berbanding 4,087 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,632,782 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: covidnow.moh.gov.my.

“Pada 30 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,879 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,632,782 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.