COVID-19 : Kes Sabah Makin Kurang, Tumpuan Kini Di Semenanjung!

Hanafis Haris
November 11, 2020 10:36 MYT
Malaysia hari ini masih mengekalkan jumlah kes baru di tahap tiga angka iaitu sebanyak 822 termasuk tujuh kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan jumlah pesakit sembuh pula sebanyak 769 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 31,073.

Menurutnya, pada sama Malaysia hari ini juga mencatatkan dua kematian kes COVID-10.

“Dengan duka citanya hari ini terdapat pertambahan dua kematian.

“Jumlah kes kematian hingga kini adalah 302. Kementerian mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Selain itu terdapat tiga kluster baharu dicatatkan,” katanya.

Tambahnya, tumpuan kini lebih tertumpu di Semenanjung apabila jumlah kes dilihat semakin bertambah.

“Kita lebih bimbang di Semenanjung. Jika ditambah jumlah kes di Selangor, Kuala Lumur, Putrajaya dan Negeri Sembilan adalah 427 kes berbanding Sabah 259 kes.

“Jadi tumpuan kita sekarang adalah di Semenanjung di Lembah Klang dan Negeri Sembilan,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Pecahan kes baharu (822) Sabah-259 44 kluster sedia ada 12 kluster baharu (Haven, Karamunting dan Saga) 91 saringan kontak rapat 111 lain-lain saringan 1 kes import N.Sembilan-225 221 kluster sedia ada 1 kes SARI 3 lain-lain saringan pic.twitter.com/YT8EFiHZwJ

— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) November 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Covid19