COVID-19: Kes Tertinggi Masih Selangor, Sarawak & Kelantan! Jumlah Kematian Pula Mencatatkan Sebanyak…

Hanafis Haris
Mei 10, 2021 09:20 MYT

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 3,807 kes jangkitan baru COVID-19 di negara pada hari ini.

Jumlah itu sedikit meningkat jika dibandingkan semalam itu sebanyak 3,733 kes.

Menerusi pengumuman KKM, Selangor masih catat angka tertinggi iaitu 1,149 kes.

Jumlah itu diikuti Sarawak iaitu 649 kes.

Kelantan dan Kuala Lumpur juga tinggi apabila mencatatkan jumlah kes melebihi 300.

Anda boleh lihat senarai kes mengikut negeri dibawah.

Difahamkan, terdapat 17 kematian dicatatkan dan sehingga kini, Malaysia sudah mencatatkan sebanyak 444,484 kes.

#Viral #KKM #Covid19 #Kes