Malaysia mencatatkan 6,243 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan peningkatan berbanding semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,522,498.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 78 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 29,427 individu.

Jumlah itu juga termasuk 19 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Sumber: AWANI

Dapatkan kemaskini berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.