Sebanyak 18,688 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi akaun Twitternya, dengan kes baharu ini ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,262,540 kes.

Selangor terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 6,565 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur; 1,883, Kedah; 1,610, Sabah; 1,379 kes, Johor; 1,308 kes, Negeri Sembilan 1,140 kes, Kelantan; 870 kes dan Perak 861 kes.

Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor -6,565 (465,015)
WPKL - 1,883 (140,404)
Johor - 1,308 (100,452)
Sabah - 1,379 (93,835)
Sarawak - 581 (81,328)
Negeri Sembilan - 1,140 (78,777)
Kedah - 1,610 (56,598)
Pulau Pinang - 694 (52,368)
Kelantan - 870 (49,433)
Perak - 861 (43,924)
Melaka - 526 (35,584)
Pahang - 602 (29,125)
Terengganu - 598 (20,696)
WP Labuan - 2 (9,711)
WP Putrajaya - 63 (4,478)
Perlis - 6 (812)