Kes Covid-19 di Malaysia menyaksikan penurunan mendadak apabila mencatatkan sebanyak 17,672 kes baru hari ini.

Jumlah itu dilihat agak berbeza jika dibandingkan dengan 19,807 kes baharu dilaporkan pada Ahad.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah kes kumulatif pula sebanyak 1,572,765 kes direkodkan.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 4,316 diikuti Sarawak 1,538 dan Pulau Pinang 1,451 kes.

Berikut merupakan pecahan kes di setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 4,316 (561,826)

WPKL - 891 (165,412)

Sabah - 2,474 (124,430)

Johor - 1,367 (122,306)

Sarawak - 1,538 (99,838)

Negeri Sembilan - 478 (88,834)

Kedah - 1,602 (83,438)

Pulau Pinang - 1,451 (72,293)

Kelantan - 1,176 (66,925)

Perak - 952 (58,735)

Melaka - 363 (44,999)

Pahang - 506 (38,786)

Terengganu - 470 (28,630)

WP Labuan - 7 (9,780)

WP Putrajaya - 24 (5,129)

Perlis - 57 (1,404)

Pada masa sama, penurunan kes jangkitan harian itu mendapat reaksi ramai yang terus mendoakan kesejahteraan negara tercinta.

“Alhamdulillah sudah ada perkhabaran yang baik. Kes Covid-19 sudah menampakkan penurunannya sedikit demi sedikit dari hari ke hari.Semoga berterusan begini sampai hujung tahun”.

“Harap esok turun banyak lagi, dah penat ni”.

“Syukur nampak penurunan positif, ramai pun dah vaksin,” tulis beberapa netizen.