gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shasha Abedul Sah Jadi Isteri Adam Dengan Sekali Lafaz - “Sebelum Akad Nikah Memang Rasa…”
HIBURAN
Polis Siasat Motif Artis Legenda 'Serang' Shila Amzah
HIBURAN
Nafi Bakal 'Naik Pelamin', Chacha Maembong Tak Mahu Tergesa-Gesa Soal Jodoh - “Saya Tak Berani Nak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

COVID-19: Kes Turun Mencecah 6,709 - “Moga Terus Istiqamah, Kami Nak Balik Kampung Ni”

Hanafis Haris
Hanafis Haris
11/10/2021
10:46 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Kes Turun Mencecah 6,709 - “Moga Terus Istiqamah, Kami Nak Balik Kampung Ni”

Kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan penurunan mendadak apabila sebanyak 6,709 direkodkan.

Penurunan tersebut dilihat agak ketara jika dibandingkan dengan semalam iaitu sebanyak 7,373 kes bary dicatatkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keseluruhan kes positif sejak wabak COVID-19 melanda negara adalah 2,346,303 kes.

Menurutnya, mulai hari ini, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi satu posting di Facebook.

Pun begitu, pemantauan Gempak di laman web berkenaan, masih belum ada data kes yang diasingkan mengikut negeri.

Berkemungkinan ia akan dikemas kini tidak lama lagi.

Sementara itu, menerusi platform Twitter, rata-ratanya meluahkan rasa syukur mereka apabila vaksinasi menunjukkan progres yang cukup baik.

Susulan itu, ramai merayu individu yang masih belum mengambil vaksin supaya berbuat demikian.

“Alhamdulillah turun juga, bukti keberkesanan vaksin”.

“Boleh balik kampung dengan hati tenang”.

“Moga kes terus istiqamah turun ya, saya nak balik kampung ni,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
#Covid19
#Balik kampung
#Rentas Negeri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement